Hey, im just wanna say that today is my 25th birthday, gosh..time flies so fast, seem like yesterday im was born..hehe, Im so busy rite now, superduper busy. so i will update my 25th bufday party sooon... got to go, chioaw :)
Wednesday
Sunday
HARAPAN :)
Assalamualaikum dan selamat pagi uolss, omaigod mcm tak percaya je kan..rasa macam baru semalam my lecturer bagitau i'm passed the final exam so that mean im make it to go to praktikal yey!!!, but im kinda sad also coz that mean i have only 1 month to stay with my family sedihhhh wowowowow :(. it almost 2 week since the goood news spread and since that my life totally change, staying up late, 24hour depan laptop dan makan minum tak terjaga, seriously im look like orang gelandangan yang xdak rumah, semuanya sebab THESIS, damn...
sekarang ni pun tengah siapkan ayat-ayat terakhir thesis tapi curi-curi jengah belog kejap, omaigodd bersarang sana sini..uishhh siap kau labah-labah. tajuk thesis yang aku pilih adalah jeng jen jeng
" Mengenalpasti Teknik Pendiagnosisan pseudomonas aeruginosa di hospital bla bla" hehehee panjangkan?. Hospital je taktaw dapat mana... haishh harap-harap dapat dekat je koz nanti homesick senang nak balik. yeah im a family person< so what?? family adalah benda yang sangat berharga buat aku.. :)
OKeylah xnak bebel banyak2, today i choose hope, i hope my thesis will be a succes. for your information i falll in love with tribal fashion rite now, tapi xdak masa nak wat window shopping :) xoxo >>laterlah..
Wednesday
Friday
My weekend beauty regime :)
SEBELUM |
Asslamualaikum dan selamat berhujung minggu uolss bagi orang kedah, terengganu dan kelate :)
negeri len stat esok kan? okey hari ni dengan bebesar hatinya aku nak kongsikan beauty regim yang sejak setahun lalu aku amalkan, hasilnya korang leh tengok gambar perbandingan di atas, theheeh berbeza dak? walaupun muka aku tidak mengalami sebarang masalah jerawat, alhamdulillah tetapi aku mengalami masalah kulit tak sekata, berminyak, kusam, kesan terbakar dan paling teruk masalah BLACKHEAD, hidung rasa kasar macam berus sabut tu uolss, sangat tak awesome! so aku pun bercakap dengan diri sendiri, i must do something! jyeaaH ! berkobar-kobar semangat aku, so aku pun mulakan operasi mengodek-godek encik google, buat lawatan terhormat ke guardian dan watson, dan guna produk rekemen kekawan makanya aku telah menemukan produk yang sangat berkesan dan sangat selesa dan sangat berpuas hati bagi aku ( berapa kali sangat daa)
Produk pertama yang aku pakai dan nak kenalkan pada uolss ialah SEAWEED MARINE COLLAGEN, korang mesti tahu produk ni, hot meletop kat facebook sekarang ni, harga pulak mampu milik kan. Direkomenkan oleh husna (salah sorang bestie aku), memula rasa skeptikal sangat, mampu ke benda ni uruskan masalah-masalah kulit muka aku, tak try tak tau dik n kakak2 sekalian.. (wah aku ade bakat eh nak jadik salegirl ni), so aku pun bawak balik, basuh n proses seaweed ni jadilah mcm agar-agar kan, letak dalam tupperware pastu boh dalam peti sejuk. Masa nak tido tu, basahkan muka pastu tempek kat seluruh muka uolss,
termasuk di atas bibir (SELAWAT dulu k), uolss tunggu sampai ia kering
dulu pastu uolss p tidoq, esok pagi basuh muka sambil berselawat.
seaweed marine collagen ni banyak khasiatnya kepada tubuh bdan,kalau
korang xpercaya..korang google dan buat siasatan sendiri untuk kepuasaan
optimum. Aku guna seaweed ni wat sebagai masker je, tak lalu nak minum
mcm kawan2 aku tu. tapi sekarang aku adalah peminat tegar produk ini.
kalau hampa nak try hangpa kol number ni 013-4077879, harga yang dia bagi sangat berpatutan dan sangat ambil berat pasai customer dia, yelah kan sesetengah orang pikir nak niaga ja.kan.., dia pembekal seaweed
favorite aku. lani aku baru nak try yang warna purple tu pulak..nak tgk
apa kesan dia. okey next.....
Produk kedua yang aku pakai dan nak rekomenkan lagi ialah, MY BEAUTY DIARY -HELLO KITTY STRAWBERYY MILK MASK mak aih panjang bebenor kan nama dia, aku dapat mask ni bila aku serbu GUARDIAN, setakat hari ni aku tak jumpa lagi mask ni kat WATSON. Harga sekeping RM 4-50. Mask ni fungsi dia ialah melembapkan kulit uolls, aku rekomenkan pakai mask ni sekali seminggu, tiap cuti minggu..time relax..pakai sampai mask ni kering di muka uolss pastu p la wat keja ampa, tak payah basuh uolss akan rasa wajah uolss berseri-seri dan lembut mcm tisu.. tak percaya..uolss try tengok. okey next..lai lai...
Produk ketiga yang aku pakai dan yang terakhir nak rekomen sangat-sangat kat ampa yang mengalami masalah BLACKHEAD sama mcm aku ni ialah SHISEIDO BLACK MASK, hangpa pun mesti taw benda ni kan, MOST HOT ITEM kat facebook sekarang. Memula aku ingat mask ni kita bukak pastu buh kat muka, rupanya kita kena colek pastu tempek kat muka, pastu p depan kipas..bagi kering, amaran keraih aku nak habaq kat angpa..jangan bubuh kat kening angpa, satgi masa angpa nak tarik mask ni keluar, takut-takut..dengan kening-kening ampa hilang, aku cakap berdasarkan pengalaman aku kuikui heheh. MASK ni bila kering, proses nak tarik keluar tu, ishhh sakitnya jangan cakaplah pedih ya amat, bila dah habis kita tarik keluar blackhead semua, hasilnya mcm dalam gambaq kat ataih tu..geli dak? tapi muka kita akan rasa bersih..serius uolss. Sekarang ni hidung i tak rasa mcam berus sabut lagi dah hehe ..im happy :)
P/S : uolss terutamanya girl, kalau ampa nak cuba kan, pastikan kulit muka ampa dapat terima semua tu, yelah kulit muka dan sensitiviti masing-masing berbeza, cuba try sekali dua..kalau tiada apa-apa alahan, korang boleh teruskan..kalau uolss rasa mcam tak sesuai, berhenti guna k..xmo satgi ade kemudaratan yang lain pulak berlaku..ingat tu, beauty neeed pain sister :)
Thursday
TODAY I CHOOSE TO BE HAPPY
Assalamualaikum dan selamat menjamu selera uolss, uolss sihat tak? aku alhamdulillah sihat je,
yes, motivasi aku hari ni adalah aku memilih untuk bergumbira, aku taknak satu butir ayaq mata aku jatuh hari ni, hari ni aku nak tersenyum, kerana smile looks good on me :)
yes, motivasi aku hari ni adalah aku memilih untuk bergumbira, aku taknak satu butir ayaq mata aku jatuh hari ni, hari ni aku nak tersenyum, kerana smile looks good on me :)
P/s : Doakan agar aku gembira hari ni okey :"")
Wednesday
wordless wednesday : MISS YOU
P/S DEAR MR EX.. I MISS YOU...
Tuesday
HARI INI AKU MEMILIH SOKONGAN
Hari ini aku terasa amat lemah sekali, ya ALLAH.. peritnya bila kerinduan itu datang. hanya orang yang pernah putus cinta ja yang tahu betapa peritnya perasaan itu, dulu bila tgk member nangis, xlalu makan, moody dan stress aku hanya bisa nasihatkan supaya besabar, masyaAllah..apabila terkena pula pada aku. nauzubillah sakitnyaaaa putus cinta..uolss nak kata aku ni bimbo ka nak kata aku perempuan lemah ka..ampa katalah...hanya org yang tanggung ja yang paham.
Aku perlu kuat, aku rasa lebih baik kami berpisah secara teruk, maksudnya bergaduh-gaduh, tumbuk-tumbuk, dari berpisah cara baik ni kerana jika kami saling benci membenci taklah perit sangat penderitaan perasaan yang aku dan si dia perlu alami, sedih aku tengok msg si dia.. memujukku untuk kembali namun apakan daya semua tidak akan terjadi dalam masa terdekat ni. aku bercadang sama ada nak guna nombor baru atau block si dia, uolss jangan cakap i kejam k, ada sebab kenapa perpisahan ini terjadi dan aku harus kuat mempertahankan keputusan aku ini, macam mana aku nak kuat kalau si dia asyik sms minta maaf dan mahu kami mula semula hubungan ni? panggilan manja yang selalu dia guna untuk panggil aku ..ahhh menjerut hatiku, uolss apakah yang perlu aku lakukan sekarang? sekiranya anda membaca belog ni, tuliskan pendapat anda..letak diri anda dalam situasi yang aku hadapi ni. perlu aku tegaskan aku TIDAK AKAN kembali kepadanya lagi..cuma berilah pendapat mcm mana perlu aku hadapi keadaan ini? kongsikan pengalaman anda.. aku amat perlukan sokongan. sokongan dari keluarga, kawan-kawan. bestie dan blogger..
p/s : i need support from u guys, help me dear fella :)
Monday
HARI INI AKU MEMILIH KEKUATAN
Aku kini sedang melewati fasa pertama dalam merawat hati aku yang sedang sedih ini iaitu fasa mencari kekuatan diri..uolss tipulah kalau aku cakap aku tak rindukan dia, bangun je pagi tadi mengigil tangan aku yang comel ni nak kol dia say gudmorning dan kejut subuh mcm selalu..oh damn...
ya allah kadangkala aku rasa tak kuat nak hadap semua ni..tapi aku pasti inilah jalan yang terbaik untuk kami berdua, aku harus memulakan langkah pertama dalam hidup kami berdua. Aku cuba tidak membaca kembali msg si dia sebelum kejadian terbabit, aku takut kekuatan aku hilang ditelan air mata. si dia bertungkus lumus menceriakan keadaan, maafkan saya sayang.. jodoh kita setakat ini sahaja. aku tahu dia kecewa sepertimana aku..aku tahu dia juga tengah serabut, namun kadangkala kalau kita sangat menyintai seseorang itu, kita harus lepaskan dia supaya dia bisa hidup bahagia. uolss jgn salah anggap..k, kepecahan hubungan kami bukan kerna org ketiga tetapi disebabkan persefahaman yang makin hilang daripada jalinan dua jiwa ini.
ok cukuplah setakat ini aku cerita,kerana jika diungkitkan kembali luka dlam hati akan berdarah semula, hari ini aku memilih untuk kuat, kuat untuk bangun semula, kuat untuk jalani hidup ini, dan kuat untuk hadapi hari ini dengan tabah, Ya ALLAH hembuskan kekuatan dalam jiwa hambamu ini serta si dia agar..kami kuat dalam menjalani proses perpisahan ini.
untuk si dia yang sentiasa di hati :
TErima kasih diatas segalanya, saya tak pernah meyimpan sebarang amarah serta dendam dalam hati saya untuk awak, awak pernah membahagiakan saya suatu ketika dahulu. Awak redhakan keputusan yang saya lakukan ini, kita harus mencari identiti serta kebahagiaan kita. Pergilah sayang..cari kebahagiaan awak, dan jika sudah tertulis di loh mahfuz awak milik saya, insyaALLAH cinta ini tetap milik awak.
P/S : mohon kekuatan jiwa yang maksima hari ini :')
Sunday
PUTUS jua AKHIRNYA
Assalamualaikum dan selamat berhari minggu, straight to the point, ya ...aku kembali single selepas hampir 9 tahun bersamanya. perit sungguh rasa hati ni..usah ditanya punca keretakan hubungan kami, cukuplah sekadar aku katakan disini..yang jodoh aku dan dia sampai disini sahaja, segalanya belaku dengan pantas bagaikan dalam mimpi, tup tup..dia sudah tiada di hadapan aku..Airmata yang mengalir ini bukannya mengharapkan dia kembali, cuma mahu
mengumpul kekuatan untuk menjalani hari-hari yang mendatang tanpa
kehadiran si dia, melupakan gelak tawa dan usikan si dia.
p/ s : aku harus kuat á•™( Tâ‚’T c) , masyaALLAH, peritnya putus cinta
Friday
HAPPY BUFDAY MY SIS : WAFA 14TH BUFDAY :)
HARI NI BESDAY ADIK AKU NOMBOR 5, wafa happy besday, semoga panjang umur dan murah rezeki, kakak loves u so much sis :). |