MI GORDA BELLA Mi GORDA BELLA: 2013/02/18

Monday

OH my Pudding Caramel :)

 
 
gambar sumber dari googles :)
 
 
 
   Apa khabar  uolss, aku sihat ja, kali ni entry belog aku berkaitan dengan pemanis mulut kegemaran  aku "puding caramel" sebut saja dah buat air liur menitik,  guulp  omaigadd.. sapa yang tak suka dengan rasanya yang lemak-lemak kemudian dimakan besama kuah caramel yang manis, oh bakal mak mertua lalu pun rasanya xkan aku sedar,  peringatan keras kepada uolss, puding caramel ni memanglah sedap dimakan tetapi jangan makan selalu ye, sebab kandungan gula dalam sajian tersebut amatlah tinggi. aku sejak mula berdiet ni berkira habis soal kesihatan ni, sapa yang xmau kelihatan cantik menawan iyo dak? dan yang paling penting sekali SIHAT.  
    okey let focus pada  kisah puding caramel kita k, walaupun aku suka makan tetapi aku xreti nak buat, percayalah tangan aku ni bukan tangan sorang pastri chef, apa ja jenis pastri yang aku buat mesti xjadi, kisah kek coklat buatan aku menjadi sindiran mak aku sehingga ke hari ini..heheh pastu aku terus angkat tangan nak buat ape ja jenis pastri, namun hari ini tidak lagi..hari ni aku bertekad nak buat satu jenis pastri yang aku rasa agak senang gak la nak buat berpandukan pada resepi yang aku google, semua cakap senang..selepas menjelajah ke satu blog ke satu blog yang lain.. aku rasa nak try resipi ciknurfarah dari belog http://bicarafarah.blogspot.com  .jadi aku angkat lappy ke dapur dan mula godek-godek peti ais.. ahah!! ting ting bunyi dalam kepala hotak aku, semua barang yang dikehendaki ada dalam peti ais, jadi apa lagi, mohlah kitabuat "puding caramel".
 waktu entry ini ditulis, aku sedang bersenang lenang di dapur dan meneguk segelas air ribena "kelas ko jah" sambil menunggu puding caramel masak di atas dapur, setakat ini yang aku bau..sedap je bau,.kikiki 
 la ni aku nak bagi resepi puding caramel yang aku cedok dari ciknurfarah, ampa nak amik versi cedok dari aku pun boleh atau ampa nak amik dari ciknurfarah sendiri pun okey, takdak beza pun..aku cedok sebijik sama :).

Bahan-bahan :

Untuk kuah caramel :

1/2 cawan gula pasir.
1/2 cawan air.

Untuk Puding :

5-6 biji telur.
1/2 cawan gula pasir.
1 sudu teh esen vanilla.
1 tin susu sejat/ kalau susu pekat letak dalam 4 sudu makan.
1 1/2cawan air.

 Cara penyediaan :

Adunan Puding :

1. Blander telur, lepas itu masuk gula..blander sampai sebati.
2. Masuk air, susu sejat dan esen vanilla ..blander semua sekali sampai sebati.
3. Letak ketepi.


Aduanan Kuah Caramel.

1. Panaskan kuali/periuk.
2. Masukkan gula. Kacau sampai cair. Api kena pelahan nanti rentung hahaaha..
3. Dah cair masukkan air. Korang kena ready air siap-siap kat tepi. Kacau sampai sebati.

 Penyediaan :
1. Lepas korang dah masak gula ( kuah caramel ) tu cepat-cepat masukkan dalam loyang 

2. Lepas itu terus letak adunan puding selepas letak kuah caramel dalam loyang.

3. Kukuskan loyang tadi.

4. Pastikan semasa masak jangan buka penutup periuk dan penutup kena kedap                               ( tutup kukus  )dengan kain kelilingnya ) supaya puding korang smooth dan tak  gelembung/berlubang )

5. Kukus selama 25-30 minit.
6. Angkat dan sejukkan di bawah edaran udara.
7. Dah sejuk masukkan dalam peti sejuk 2 atau 3 jam. (pastikan dah sejuk )
8. Bolehla keluarkan dan letak dalam pinggan..sedia untuk di makan!
selepas mengambil masa selama 1 JAM ( masa tu i bajet sendiri), akhirnya.....pudding caramel saya MENJADI dan sedap..!! ulalala
tadaaaaa dah siap pun
 korang tunggu ape la ni? cubalah buat untuk family anda hari ni, mesti hasilnya xakan mengecewakan insyaALLAH :)   xoxo zaza.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Followers









































 
Copyright © . All Right Reserved by Zatul Zaza Nisham