MI GORDA BELLA Mi GORDA BELLA: 2013/03/08

Friday

My weekend beauty regime :)

SEBELUM


SELEPAS

 Asslamualaikum dan selamat berhujung minggu uolss bagi orang kedah, terengganu dan kelate :)
negeri len stat esok kan?  okey hari ni dengan bebesar hatinya aku nak kongsikan beauty regim yang sejak setahun lalu aku amalkan, hasilnya korang leh tengok gambar perbandingan di atas, theheeh berbeza dak? walaupun muka aku tidak mengalami sebarang masalah jerawat, alhamdulillah tetapi aku mengalami masalah kulit tak sekata, berminyak, kusam, kesan terbakar dan paling teruk masalah BLACKHEAD, hidung rasa kasar macam berus sabut tu uolss, sangat tak awesome!  so aku pun bercakap dengan diri sendiri, i must do something! jyeaaH ! berkobar-kobar semangat aku, so aku pun mulakan operasi mengodek-godek encik google, buat lawatan terhormat ke guardian dan watson, dan guna produk rekemen kekawan makanya aku telah menemukan produk yang sangat berkesan dan sangat selesa dan sangat berpuas hati bagi aku ( berapa kali sangat daa)


                                                

  
Produk pertama yang aku pakai dan nak  kenalkan pada uolss ialah SEAWEED MARINE COLLAGEN, korang mesti tahu produk ni, hot meletop kat facebook sekarang ni, harga pulak mampu milik kan. Direkomenkan oleh husna (salah sorang bestie aku), memula rasa skeptikal sangat, mampu ke benda ni uruskan masalah-masalah kulit muka aku, tak try tak tau dik n kakak2 sekalian.. (wah aku ade bakat eh nak jadik salegirl ni), so aku pun bawak balik, basuh n proses seaweed ni jadilah mcm agar-agar kan, letak dalam tupperware pastu boh dalam peti sejuk. Masa nak tido tu, basahkan muka pastu tempek kat seluruh muka uolss, termasuk di atas bibir (SELAWAT dulu k),  uolss tunggu sampai ia kering dulu pastu uolss p tidoq, esok pagi  basuh muka sambil berselawat. seaweed marine collagen ni banyak khasiatnya kepada tubuh bdan,kalau korang xpercaya..korang google dan buat siasatan sendiri untuk kepuasaan optimum. Aku guna seaweed ni wat sebagai masker je, tak lalu nak minum mcm kawan2 aku tu. tapi sekarang aku adalah peminat tegar produk ini. kalau hampa nak try hangpa kol number ni 013-4077879, harga yang dia bagi sangat berpatutan dan sangat ambil berat pasai customer dia, yelah kan sesetengah orang pikir nak niaga ja.kan.., dia pembekal seaweed favorite aku. lani aku baru nak try yang warna purple tu pulak..nak tgk apa kesan dia. okey next.....


                            
Produk kedua yang aku pakai dan nak rekomenkan lagi ialah, MY BEAUTY DIARY -HELLO KITTY STRAWBERYY MILK MASK mak aih panjang bebenor  kan nama dia, aku dapat mask ni bila aku serbu GUARDIAN,  setakat hari ni aku tak jumpa lagi mask ni kat WATSON. Harga sekeping RM 4-50. Mask ni fungsi dia ialah melembapkan kulit uolls, aku rekomenkan pakai mask ni sekali seminggu, tiap cuti minggu..time relax..pakai sampai mask ni kering di muka uolss pastu p la wat keja ampa, tak payah basuh uolss akan rasa wajah uolss berseri-seri dan lembut mcm tisu.. tak percaya..uolss try tengok.  okey next..lai lai...


 



Produk ketiga yang aku pakai dan yang terakhir nak rekomen sangat-sangat kat ampa yang mengalami masalah BLACKHEAD sama mcm aku ni ialah SHISEIDO BLACK MASK, hangpa pun mesti taw benda ni kan, MOST HOT ITEM kat facebook sekarang. Memula aku ingat mask ni kita bukak pastu buh kat muka, rupanya kita kena colek pastu tempek kat muka, pastu p depan kipas..bagi kering, amaran keraih aku nak habaq kat angpa..jangan bubuh kat kening angpa, satgi masa angpa nak tarik mask ni keluar, takut-takut..dengan kening-kening  ampa hilang, aku cakap berdasarkan pengalaman aku kuikui heheh. MASK ni bila kering, proses nak tarik keluar tu, ishhh sakitnya jangan cakaplah pedih ya amat, bila dah habis kita tarik keluar blackhead semua, hasilnya mcm dalam gambaq kat ataih tu..geli dak? tapi  muka kita akan rasa bersih..serius uolss. Sekarang ni hidung i tak rasa mcam berus sabut lagi dah hehe ..im happy :)


P/S : uolss terutamanya girl, kalau ampa nak cuba kan, pastikan kulit muka ampa dapat terima semua tu, yelah kulit muka dan sensitiviti masing-masing berbeza, cuba try sekali dua..kalau tiada apa-apa alahan, korang boleh teruskan..kalau uolss rasa mcam tak sesuai, berhenti guna k..xmo satgi ade kemudaratan yang lain pulak berlaku..ingat tu, beauty neeed pain sister :)




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Followers









































 
Copyright © . All Right Reserved by Zatul Zaza Nisham