Assalamualaikum dan selamat malam korang, lama gila tak update sesuatu kat belog kan?, maklumlah busy sekarang ni, sebenarnya sepanjang aku xupdate ape-ape kat belog ni bermacam-macam perkara menarik yang berlaku dalam hidup aku. Tapi perkara yang berlaku sebentar tadi membuatkan aku mahu berkongsi cerita dengan korang, korang mesti dengar cerita ni, nah aku belanja pop corn ngan air oren. pastu dok diam-diam sambil dgr aku cerita.
okey ceritanya bermula macam ni, korang tahukan status aku sekarang ni single? siapa yang selalu cium belog aku tahu la episod aku tgh meroyan patah hati dulu, straight to the point selepas hari yang hitam (breakup day) tu. aku dah xcontact dah dengan ex boyfriend aku, pada masa kami berhibernasi., aku kumpul kekuatan dalaman yang maha susah nak lulus. selepas lulus dengan pangkat satu dan straight A'S.
tetiba hari ni telepone aku dok nyanyi *aisheteru (aku set lagu ni kat ex aku) berulang2 kali aku dengar. memula rasa macam seram sejuk ke, ishh macam mimpi pun ade. so aku jalan-jalan pelan2 (sebenarnya lari2 anak) terus serbu hendphone. TENGOK2 ADE 3 MISCALL erk!..ni memang kenyataan. apa kejadahnya dia kol ni..ish. masa tu mula hati rasa rindu yang teramat. sob ~ sob... (nak tisu).
sedang aku sibuk melayan perasaan. tetibe ,ai...ai..ai asheteru...bergegar tangan aku sat, uiii dia kol lagi..aku pun dalam dilema, nak angkat ke taknak ni. pastu tu aku terus tekan button received call.
aku : hello , assalamualaikum
ex : wassalm. sihat?
aku : sihat... .... diam seribu bahasa
ex : dah makan?
aku : dah (sambil kerut2 kening)
aku : hah nak apa?
ex : rindu kat awak. (pastu terus off call)
aku :.....erkk......heloo..helllo
ex: tut tut tut tut............
pastu dia send mesg
awak, jaga diri baik2 k. rindu awak!
aiyarkk! geramnyalah..