MI GORDA BELLA Mi GORDA BELLA

Thursday

TODAY I CHOOSE TO BE HAPPY

                          

 

Assalamualaikum dan selamat menjamu selera uolss, uolss sihat tak? aku alhamdulillah sihat je,
yes, motivasi aku hari ni adalah aku memilih untuk bergumbira, aku taknak satu butir ayaq mata aku jatuh hari ni, hari ni aku nak tersenyum, kerana smile looks good on me :)

P/s : Doakan agar aku gembira hari ni okey :"")

 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday

wordless wednesday : MISS YOU

                  http://favim.com/orig/201106/11/fun-miss-quote-sky-text-things-Favim.com-72155.jpg 
P/S DEAR MR EX.. I MISS YOU...



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday

HARI INI AKU MEMILIH SOKONGAN

http://cdnimg.visualizeus.com/thumbs/8a/59/words,quotes,letter,support,children,quote-8a59c9ebcdf3af172a7459a922be1f14_h.jpg 
 
 
 
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT TENGAH HARI :)
uolss dah makan tengah hari ke? i dah..kenyang mcm mak duyung ni uolss, pastu panjat tangga ke 
library terus semput mcm mak duyung xcukup oksigen..hap hap..tarik nafas. 
 
Hari ini aku terasa amat lemah sekali, ya ALLAH.. peritnya bila kerinduan itu datang. hanya orang yang pernah putus cinta ja yang tahu betapa peritnya perasaan itu, dulu bila tgk member nangis, xlalu makan, moody dan stress aku hanya bisa nasihatkan supaya besabar, masyaAllah..apabila terkena pula pada aku. nauzubillah sakitnyaaaa putus cinta..uolss nak kata aku ni bimbo ka nak kata aku perempuan lemah ka..ampa katalah...hanya org yang tanggung ja yang paham.
 
Aku perlu kuat, aku rasa lebih baik kami berpisah secara teruk, maksudnya bergaduh-gaduh, tumbuk-tumbuk, dari berpisah cara baik ni kerana jika kami saling benci membenci taklah perit sangat penderitaan perasaan yang aku dan si dia perlu alami, sedih aku tengok msg si dia.. memujukku untuk kembali namun apakan daya semua tidak akan terjadi dalam masa terdekat ni. aku bercadang sama ada nak guna nombor baru atau block si dia, uolss jangan cakap i kejam k, ada sebab kenapa perpisahan ini terjadi dan aku harus kuat mempertahankan keputusan aku ini, macam mana aku nak kuat kalau si dia asyik sms minta maaf dan mahu kami mula semula hubungan ni?  panggilan manja yang selalu dia guna untuk panggil aku ..ahhh menjerut hatiku, uolss apakah yang perlu aku lakukan sekarang? sekiranya anda membaca belog ni, tuliskan pendapat anda..letak diri anda dalam situasi yang aku hadapi  ni. perlu aku tegaskan aku TIDAK AKAN kembali kepadanya lagi..cuma berilah pendapat mcm mana perlu aku hadapi keadaan ini? kongsikan pengalaman anda.. aku amat perlukan sokongan. sokongan dari keluarga, kawan-kawan. bestie dan blogger.. 


p/s : i need support from u guys, help me dear fella :)

 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday

HARI INI AKU MEMILIH KEKUATAN

 
 
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT TENGAH HARI :)
Aku kini sedang melewati fasa pertama dalam merawat hati aku yang sedang sedih ini iaitu fasa mencari kekuatan diri..uolss tipulah kalau aku cakap aku tak rindukan dia, bangun je pagi tadi mengigil tangan aku yang comel ni nak kol dia say gudmorning dan kejut subuh mcm selalu..oh damn...
ya allah kadangkala aku rasa tak kuat nak hadap semua ni..tapi aku pasti inilah jalan yang terbaik untuk kami berdua, aku harus memulakan langkah pertama dalam hidup kami berdua. Aku cuba tidak membaca kembali msg si dia sebelum kejadian terbabit, aku takut kekuatan aku hilang ditelan air mata. si dia  bertungkus lumus menceriakan keadaan, maafkan saya sayang.. jodoh kita setakat ini sahaja. aku tahu dia kecewa sepertimana aku..aku tahu dia juga tengah serabut, namun kadangkala kalau kita sangat menyintai seseorang itu, kita harus lepaskan dia supaya dia bisa hidup bahagia. uolss jgn salah anggap..k, kepecahan hubungan kami bukan kerna org ketiga tetapi disebabkan  persefahaman yang makin hilang daripada jalinan dua jiwa ini.
ok cukuplah setakat ini aku cerita,kerana jika diungkitkan kembali luka dlam hati akan berdarah semula, hari ini aku memilih untuk kuat, kuat untuk bangun semula, kuat untuk jalani hidup ini, dan kuat untuk hadapi hari ini dengan tabah, Ya ALLAH hembuskan kekuatan dalam jiwa hambamu ini serta si dia agar..kami kuat dalam menjalani proses perpisahan ini.

untuk si dia yang sentiasa di hati :
       
TErima kasih diatas segalanya, saya tak pernah meyimpan sebarang amarah serta dendam dalam hati saya untuk awak, awak pernah membahagiakan saya suatu ketika dahulu. Awak redhakan keputusan yang saya lakukan ini, kita harus mencari identiti serta kebahagiaan kita. Pergilah sayang..cari kebahagiaan awak, dan jika sudah tertulis di loh mahfuz awak milik saya, insyaALLAH cinta ini tetap milik awak. 


P/S : mohon kekuatan jiwa yang maksima hari ini :')


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Followers









































 
Copyright © . All Right Reserved by Zatul Zaza Nisham