Aku kini sedang melewati fasa pertama dalam merawat hati aku yang sedang sedih ini iaitu fasa mencari kekuatan diri..uolss tipulah kalau aku cakap aku tak rindukan dia, bangun je pagi tadi mengigil tangan aku yang comel ni nak kol dia say gudmorning dan kejut subuh mcm selalu..oh damn...
ya allah kadangkala aku rasa tak kuat nak hadap semua ni..tapi aku pasti inilah jalan yang terbaik untuk kami berdua, aku harus memulakan langkah pertama dalam hidup kami berdua. Aku cuba tidak membaca kembali msg si dia sebelum kejadian terbabit, aku takut kekuatan aku hilang ditelan air mata. si dia bertungkus lumus menceriakan keadaan, maafkan saya sayang.. jodoh kita setakat ini sahaja. aku tahu dia kecewa sepertimana aku..aku tahu dia juga tengah serabut, namun kadangkala kalau kita sangat menyintai seseorang itu, kita harus lepaskan dia supaya dia bisa hidup bahagia. uolss jgn salah anggap..k, kepecahan hubungan kami bukan kerna org ketiga tetapi disebabkan persefahaman yang makin hilang daripada jalinan dua jiwa ini.
ok cukuplah setakat ini aku cerita,kerana jika diungkitkan kembali luka dlam hati akan berdarah semula, hari ini aku memilih untuk kuat, kuat untuk bangun semula, kuat untuk jalani hidup ini, dan kuat untuk hadapi hari ini dengan tabah, Ya ALLAH hembuskan kekuatan dalam jiwa hambamu ini serta si dia agar..kami kuat dalam menjalani proses perpisahan ini.
untuk si dia yang sentiasa di hati :
TErima kasih diatas segalanya, saya tak pernah meyimpan sebarang amarah serta dendam dalam hati saya untuk awak, awak pernah membahagiakan saya suatu ketika dahulu. Awak redhakan keputusan yang saya lakukan ini, kita harus mencari identiti serta kebahagiaan kita. Pergilah sayang..cari kebahagiaan awak, dan jika sudah tertulis di loh mahfuz awak milik saya, insyaALLAH cinta ini tetap milik awak.
P/S : mohon kekuatan jiwa yang maksima hari ini :')
0 pengomen terhebat:
Post a Comment