MI GORDA BELLA Mi GORDA BELLA: KELIRU

Tuesday

KELIRU

 
 
 
 
 
Hujan lebat membasahi bumi  sungai petani yang gersang ini selepas hampir sebulan tak turun, katak berlagu riang, pepohon tampak hidup dan segar bugar..berteman secawan milo panas aku memandang ke luar jendela, angin bertiup manja..perasaan dalam jiwa bergelodak hebat..
rasa kosong ....entah kenapa..


perkara pertama yang bermain di minda, patutkah aku tamatkan hubungan yang berlandaskan cinta ini? hubungan yang dibina hampir sepuluh tahun lamanya, hubungan yang tercipta ketika kami masih lagi menyarung baju sekolah.

persoalan pertama : adakah si dia curang terhadap hubungan ni?
jawapan :  tentu sekali tidak, malahan si dia lelaki yang setia...

persoalan kedua : adakah aku sudah mempunyai calon yang lain
jawapan : tidak, hanya dia di hati

kalau soalan yang penting ni aku begitu yakin menjawabnya kenapa masih ada persoalan untuk tamatkan hubungan ni? YA ALLAH, aku tak tahu apa yang aku rasakan ini...aku buntu..


p/s : maafkan aku kalau ampa semua tidak memahami apa yang aku cuba sampaikan kerana percayalah aku pun tak bisa memahaminya... (T_T)p
xoxo zaza :'(




 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 pengomen terhebat:

Post a Comment

Followers









































 
Copyright © . All Right Reserved by Zatul Zaza Nisham